Wednesday, October 15, 2008

betulkah penuntut ipt Islam kita begini???


Belajar agama, yang penting bukankah untuk menjadi orang beriman? semakin tinggi belajar agama semakin tinggi dan mantaplah iman. Tidak kiralah di mana kita belajar, yang lebih pentig jadi apa selepas belajar, apakah akan benar-benar berkesudahan sebagai orang yang alim, itu yang mesti diambil kira.

bolehkah anda bayangkan bagaimana sebuah IPT berteraskan pengajian Islam, pelajar-pelajarnya kandas solat subuh, sedangkan pelajar-pelajar itulah nantinya akan bergelar ustaz, ustazah,hafiz dan hafizah???

Menurut seorang pegawai yang bertugas disalah sebuah IPT, dia kadang-kadang terpaksa bertindak keterlaluan mengetuk pintu asrama dengan kuat untuk menggerakkan pelajar. Malah dia pernah menggunakan pemetik api untuk membangunkan pelajar-pelajar yang tegar ini, tetapi masih tidak bangun.

Lebih mendukacitakan lagi, ada pelajar yang terpaksa dipukul kerana tahap disiplinnya sangat teruk. Bolehkah anda bayangkan bagaimana hal semacam ini boleh terjadi di pusat pengjian tinggi Islam???

2 comments:

aDUKa said...

""tak kenal maka tak cinta""adakah perumpamaan ini boleh dikaitkan dgn situasi demikian??...walaupun kita belajar, kita kadang-kadang menganggap kita sudah kenal,tetapi hakikat sebenarnya kita belum mengenal..kita hanya tahu sesuatu ilmu itu..dan hanya meletakan ilmu itu sekadar di meja peperiksaan.sepatutnya dipraktikan dlm kehidupan seharian..barulah ia subur bersama dan diaplikasikan dlm kehidupan...InsyaAllah..

Fahmi said...

emmm..tu aar pasal.kekadag tu org yang nagji bidg agama ni bukan atas kerelaan.da disebabkan amik course agama dari sek menengah,so masuk U bidang agama gak la.tp hati x ade kat bidang agama..so nak wat guane..pikirla sendiri..askum!