Friday, September 4, 2009


" Dan sebahagian drpd malam..sujudlah kepadaNYA, dan berbaktilah kepadaNYA di malam yang panjang... "

( surah al-Insan:26)

KeBeSaRaN S0LaT 2 RaKaaT...


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini. Wallahualam....

Friday, August 28, 2009

RaMaDhaN KaReem...CaNtiK D Hati...


Assalamualaikum...

em..hampir setahun tak buka blog ni..tiba2 pd 8 Ramadhan 1430 terdetik di hati utk menjenguk blog sendiri...dh puas sapu segala sesawang yg ada, terasa nk kongsi bersama ilmu yg ada..bulan Ramadhan, adalah bulan yg penuh berkah dan byk ganjarannya jika kita beramal ..kt sni ada tip2 utk kita nampak cantik di bulan ni..tp bukan cantik di luar,tp cantik di dalam, yakni hati kita..
.

Cantik Di Hati...
  • apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun bersolat walau bagaimana keadaan kamu sekalipun
  • bacalah alQuran @ tataplah ilmu @pergilah mendengar perkara yg baik @ berzikir. janganlah sama sekali membunag masa dlm perkara sia2..
  • berusahalah sedaya upaya utk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah krn ia merupakan satu2nya syiar Islam
  • jgnlah banyak berdebat dlm apa perkara pun krn pertengkaran kosong tidak membawa kepada kebaikan
  • jgnlah banyak ketawa krn hati yang sentiasa berhubung dgn Allah itu sendiri tenang lagi tenteram
  • jgnlah banyak bergurau krn umat yg berjihad sentiasa bersungguh dan serius dlm setiap perkara
  • jgn bercakap lebih nyaring drpd kadar yg dikehendaki oleh pendengar
  • jauhi drpd mengumpat peribadi org, mengencam dan jgn bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikn
  • berkenalanlah dgn setiap saudara meskipun tidak diminta berbuat demikian krn asas2 dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan
  • kewajipan lebih byk drpd waktu, oleh itu bantulah rakanmu utk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatknlah masa perlaksanaan..

sekian utk kali ni..klu nk nampak cantik, jgn lupa amalkan tip2 ni. peringatan utk diri sendiri dan semua..pd kwn2 yg selalu tny bila nk update blog ni, utk mereka...IM BACK!!!!! he...