Saturday, October 11, 2008

Wanita bertudung pamer harga diri tinggi


MEMAKAI tudung bukan isu baru, malah sering menjadi perbincangan cendiakawan Islam. Bertudung ialah kewajipan yang perlu dilaksanakan setiap Muslimah.

Bagaimanapun, masih ramai yang mengambil mudah hal bertudung kerana menganggap ajal mereka masih jauh.

Di Malaysia, ia perkembangan positif berbanding 20 atau 30 tahun lalu. Dulu qariah pada tilawah al-Quran masih kelihatan rambutnya walaupun khusyuk membaca al-Quran.

Paradigma dan perkembangan positif ini mungkin disebabkan peningkatan kefahaman masyarakat terhadap Islam.

Walaupun kini masih ada kelompok yang memakai tudung mengikut keadaan seperti beberapa aduan yang diterima berkenaan mahasiswa dan pelajar bertudung yang sanggup membukanya demi menjayakan sesebuah persembahan, ia masih dikategorikan lebih baik daripada kelompok yang langsung tidak bertudung.

Jenayah seksual, simbol seks dan gejala sosial sering menjatuhkan martabat wanita. Bagi saya, amalan bertudung mampu mengubah persepsi masyarakat walaupun bukan secara total.


Lelaki lebih menghormati wanita bertudung apatah lagi jika menutup aurat keseluruhannya. Rasa hormat ini adalah naluri semula jadi dan saya berpendapat wanita kelihatan lebih cantik dan manis apabila bertudung. Wanita bertudung mempamerkan nilai kesopanan dan harga diri tinggi di mata masyarakat.


Wanita bertudung yang terbabit dalam perilaku maksiat merupakan punca jatuhnya martabat umat. Namun bilangan mereka amat sedikit jika ingin diberbandingkan dengan pelaku maksiat lain. Bagi sesetengah wanita, mungkin fesyen menjadi keutamaan.

Pertubuhan wanita dan jabatan yang bertanggungjawab memajukan Islam perlu lebih kreatif dan berhikmah dalam melaksanakan Islam di negara kita.

1 comments:

ummah bestari said...

apakah tujuan kita memakai tudung? adakah sekadar mengikut tuntutan agama,iaitu wanita Islam wajib menutup aurat?adakah memakai tudung itu sudah memenuhi kratiria sebagai wanita Islam walaupun memandang remah pada hal-hal kehidupan yang lain?jika memekai tudung itu adalah lambang wanita Islam,maka perkara-perkara yang lain juga mestilah dijaga supaya lambang dan imej wanita Islam itu tidak terjejas... oleh itu siapa yang bergelar wanita Islam renung-renungkanlah.