Wednesday, October 8, 2008

Tinggalkan Pulau Itu...

Prof. Hamka menulis dalam bukunya, Tasauf Moden, sebagai berikut:

Adapun manusia hidup di dunia ini ibarat orang berlayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi tiga golongan.


Golongan yang pertama, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.

Golongan yang kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.

Adapun golongan yang ketiga inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Itulah perumpamaan antara kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Dunia bagi orang-orang beriman ibarat tandas. Hanya sekadar keperluan. Tiada orang yang akan tidur di tandas, masak di tandas dan makan di tandas. Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum Lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Itulah dia manusia.

Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.

Tinggalkan pulau tu, semboyan dah berbunyi tapi kamu masih di situ. Renung-renungkan...

2 comments:

anjung SYURA said...

hidup ini hanya sementara.amalan yang dilakukan di dunia akan dihitung di akhirat..beramal lah selagi mana masih hidup.peribahasa arab mengatakan:"dunia itu ibarat penjara bagi orang mukmin dan syura bagi orang kafir"..wallahua'lam

CaHaYaPeTuNjUk said...

sebagai manusia kita sering kali alpa dan leka..oleh itu, berpeganglah dengan al-Quran dan as-Sunnah..insyaAllah kita akan sentiasa berada di dalam rahmatNya..